Stray Cat yg Disayangi
Hii semua!
Korang mesti ada kan ambik stray cat jadi kucing peliharaan korang sehingga sekarang?😁 nak buangg je bila dia degil + nakal tapi dh sayang hm even kucing yg korang kutip tepi jalan tu dh jadi majikan dh pun sekarang en
Samalah, aku pun ada jugak ambik 1 stray cat ni di event besar kat kampus aku tahun lepas (2022). Aku kesian tengok dia tanpa induk, kurus kering, mata tak cukup tidur n so on la. Pastu aku dengan member2 aku cadang la untk pungut dia then aku decide untk jaga dia dalam bilik aku secara diam2. Ya la, dh peraturan universiti memang tak boleh nak Bela kucing dalam bilik. Ni kalau kantoi memang kena denda la + kucing tu perlu brpindah segera ke tempat baru, tak boleh duduk dalam bilik dh.
Disebabkan aku ambik dia dari luar, so aku takutla kalau dia ada fungal atau kutu ke kan🥴 So aku decide bawak pi Veterinar, dekat je dgn kampus (1.4km) Dr. check bulu kucing aku tu then dia cakap bersih cuma ada blink2 warna putih kat telinga dia yg tak boleh tanggal. Itu pun aku nampak lepas Dr. guna lampu ultra violet atau sinaran ungu tu. Kalau tak pancar guna alat tu memang takkan nampak tau dengan mata kasar. ++ Dr. pun ada kasi ubat anti-fungal jugak untk remove segala cucu cicik fungal kat badan kucing aku tu. Ya la, nama pun stray cat, ke mana dia dh pi n makan sebelum ni pun aku tak tahu bersih ke idok kan.
Haaa, ni la shampoo yg aku beli kat Shopee, murah je tapi yg pending berkualiti! Tngok feedback dlu sebelum beli jgk tau.
Pastu balik dari Vet, aku terus order kat Shopee lampu ultra violet dengan shampoo kutu kucing. Lepas 2 hari, 2 items pun sampai! Seronokkkk!! Aku dengan rumet cepat2 pi mandikan dia n apa yg aku paling gembira bila tngok kutu n fungal auto hilang lepas guna shampoo ajaib tu 🤣
Kalau korang was2 samada kucing korang ad fungal jugak atau tak, better beli jgk lampu n shampoo tu. Takkan rugi jika disedekahkan sedikit duit untuk majikan kesayangan😁😂
Comments
Post a Comment